Wednesday 12 September 2012

NAZMI FAIZ MANSOR HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PENTAS DUNIA!

Biodata Nazmi Faiz Mansor

Nazmi Faiz
Nazmi Faiz Mansor

Nama Nazmi Faiz Mansor pemain paling muda harimau muda sekarang sering dibualkan oleh semua peminat bola sepak tanah air, kami juga meminati corak permainan si kecil Nazmi Faiz Mansor

Mukanya yang seiras pemain bola sepak brazil iaitu kaka dan juga corak permainan seperti farbegas ini menjadi bualan peminat tanah air kerana mutu persembahannya yang mantap ketika sukan sea di indonesia

Di sini kami ingin kongsikan Biodata Muhd Nazmi Faiz Mansor


Name : Muhamad Nazmi Faiz bin Mansor

Nama Panggilan : Nami,  Nazmi

Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Asal : Keramat, Kuala Lumpur

Umur : 17 Tahun

Tinggi : 1.67m

Posisi : Tengah

Pasukan : Harimau Muda B

Antarabangsa : Harimau Muda (Bawah 23)


Ini petikan dari UTUSAN mengenai SPM Nazmi Faiz
Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 November lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau,” kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama hari ini.

"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata, walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka,” katanya



Gambar Nazmi Faiz Mansor 



Nazmi Faiz Mansor

5 comments:

  1. salam...satu info yang menarik..apa2 pon, tahniah buat bintang muda bola sepak negara ini...

    ReplyDelete
  2. salam, baru tahu ada skuad muda negara yang berjuang di medan sukan negara. Informasi yang menarik, belia pembina masa depan negara. Akademik juga mesti mantap juga!

    ReplyDelete
  3. wuwuwuwu.entri korg pasal bola je? idop bola.maju la sukan utk negara :P tetibe

    ReplyDelete
  4. kenapa klu lelaki buat blog mesti bercerita pasal bola..boleh korg terangkan sedikit x???selain alasan yang korg memang minat, suka tengok & dengar pasal bola..

    ReplyDelete
  5. wah!!info yang menarik...brulah ktaorang tahu siapa nazmi faiz yang dan ape kejayaannya...sblum ni ktaorang just thu dye salah sorang pemain bola je..

    ReplyDelete